Taklimat Nadi Bersama Komuniti Madani
10 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2025, telah berlangsung Sesi Taklimat Nadi Bersama Komuniti Madani bertempat di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kampung surau. Taklimat ini berlangsung pada jam 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Seramai 10 orang Komuniti Madani yang hadir dari kawasan Alor Redis, Tambun Tulang dan Long boh. Turut serta bersama JPEN dan juga MCMC Perlis.
Taklimat pengenalan disampaikan oleh Pengurus NADI Kampung Surau. Beliau mempekenalkan skop, fasiliti dan program/aktiviti yang NADI jalankan. Selain itu, terdapat 5 perkhidmatan pintar NADI (Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan). Aktiviti yang berlansung pada petang tersebut ialah Pendaftaran Keahlian NADI Kampung Surau, Pendaftaran ahli baru bagi Komuniti Madani yang hadir, Pemeriksaan Kesihatan serta Penerangan dan pendaftaran untuk akses portal jaringan komuniti Madani, sebagai platform utama pengurusan dan perkongsian maklumat.
Pengurus NADI, Pegawai JPEN dan MCMC Perlis akan menjalankan program bersama Komuniti Madani bagi mengadakan kelas Latihan Asas ICT pada setiap bulan. Program ini diadakan bagi menambahkan ilmu serta membantu komuniti mahir dalam pengunaan komputer. Semoga NADI Kampung Surau dapat menjadi sebuah pusat sehenti utama (one-stop centre) dalam membantu menyumbang kepada komuniti setempat bagi mengembangkan dan meningkatkan nilai diri dari aspek ilmu, kemahiran, pendapatan dan kemajuan teknologi semasa. 'Majulah NADI Untuk Komuniti'.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: